Assalamualaikum..

"Terima kasih kerana melawati laman rasmi saya. semoga ape yang ade dapat di kongsi bersama. Mahu pun pelajaran atau pengalaman.. Semoga kita sentiasa di rahmati.. Amin.."

Friday, November 27, 2009

Aku sebuah kereta

Aku adalah sebuah kereta. Aku di lahirkan di sebuah kilang Perodua (Tuan ku tak tahu dimana aku dikeluarkan). Aku dikenali ramai sebagai Perodua Viva. Aku berhikmat pada keluarga Tuan ku hampir selama setahun lebih dan akan genap 2 tahun aku bersama mereka hujung tahun ini. Aku di serahkan kepada Tuan ku pada usia ku setahun 5 bulan. Dan semenjak itu aku berhikmat pada Tuan ku yg bernama Khairul Anuar. Dahulu nyer Tuan ku seorang mat motor dan sekarang gelaran nye telah bertukar kepada Mat Kereta. (ade ke istilah nie?.. erm..). Semenjak dari tue aku membawa Tuan ku ke kelas dan ke mana saje die pergi.

Kisah sedih ku bermula pada 1hb Oktober. Setelah aku penat berhikmat pada Tuan ku pada waktu petang, aku di beri masa untuk berehat pada sebelah malam nye. Tetapi nasib ku tidak begitu baik kerana tepat jam 1.15 minit malam, datang sebuah Pesona secara tiba2 lalu memukul ku dari belakang. Aduhhhhhhh…!!!!!! Sakit nyerrrrr….. aku menjerit. Tuan ku tidak sedar akan kejadian tersebut kerana die dalam proses untuk melayan lena nyer. Aku di biarkan sebegitu rupa. Beginilah rupa ku ketika di pukul dari belakang….



Kira-kira 10 minit kemudian Tuan ku mendapat panggilan dari kawan nyer, Amir Aizat (Mir… tq sbb call tuan ku) mengatakan bahawa aku di pukul. Sebegitu segera tuan ku turun untuk membantu ku tanpa memikirkan hal-hal lain. Sebaik je die melihat ku, tuan ku menggaru kepala. Ape nak jawab dgn Abah nie… tuan ku bermonolog. Tung tang tung tang.. tuan ku melaporkan kejadian pada security UIA bersama rakan sebilik nyer, Usaid yang juga di kenali sebagai Cingkok di kalangan rakan-rakan mereka.. Foreigner yang memukul ku berjanji untuk menebus segala kerosakan yg berlaku. Alhamdulillah….. Tuan ku tidak perlu mengeluarkan se sen pn untuk membaik pulih diri ku.

Tetapi cerita ku tidak berakhir di sini kerana keesokkan hari nyer tuan ku terpakse menghantar ku ke workshop bersama cingkok. (TQ Cingkok… aku sayang ko.. haha). Aku dijangakan dapat keluar pada hari jumaat petang. Di sebabkan tuan ku ingin aku sembuh sepenuhnya, die berhasrat untuk mengambil ku pada awal pagi sabtu. Tetapi sebaik sje tuan ku tiba, aku tidak dapat dilepaskan kerana foreigner tersebut masih tidak membayar wang perubatan ku. Tuan ku amat kecewa dan menelefon foreigner untuk menjelaskan segala bil-bil perubatan ku. Kasihan Tuan ku :’(

Namun begitu, kini kau kembali ceria dan dapat berhikmat kembali pada tuan ku. Aku di jaga sebaik nyer. (walaupun aku tidak di cuci… hehe). Tuan ku kembali ceria.. aku turut gumbira… kini lihat lah dunia, aku sudah kembali di jalan raya kerana aku sebuah kereta…..

2 comments:

  1. wey2..tiru cingkok plak.hahahaha
    tula kuat dating kan keta da kena langgar :p
    pe cite adik angkat?da dapat ngorat lum?he

    ReplyDelete
  2. gile skema. ceh. tu ah deting je keje nye mane tak eksiden. dia pun menyampah tengok korang merendek ;p

    ReplyDelete