Assalamualaikum..

"Terima kasih kerana melawati laman rasmi saya. semoga ape yang ade dapat di kongsi bersama. Mahu pun pelajaran atau pengalaman.. Semoga kita sentiasa di rahmati.. Amin.."

Tuesday, June 29, 2010

25hb Jun 2010

Detik 25hb Jun 2010, tepat jam 7.40 malam, hati ku menjadi sebak secara tiba-tiba. Solat Maghrib yang ku tunaikan juga tidak dapat membendung rasa sebak di dalam hati ku ini. Aku duduk merenung jauh ke dalam lubuk hati ku mencari punca timbulnya perasaan ini. Bila ku terpandangkan novel bertajuk “Rindu yang pergi” nukilan Fazie Hanna, hati ku bertambah sebak. Rindukah aku pada seseorang? Jauhkah orang itu dari ku? Aku tidak nafikan semenjak dua ini, hati ku sentiasa begini. Sehingga ianya menyebabkankan hari-hari ku bermula di waktu petang dan malam ku bermula di waktu pagi. Sudah puas aku cuba untuk melelapkan mata tapi apakan daya, aku tidak mampu. Hati ku gelisah.. teramat sangat…

Orang kata pemergian satu penyeksaan… Ya…. Aku tidak menafikannya. Sememangnya pemergian itu satu penyeksaan bagi ku. Apa yang pergi meninggalkan diri ku? Kasih Sayang.. Kasih Sayanglah yang pergi meninggalkan aku. Arghhh…. Peritnya ulu hati ku bila terfikirkannya. Kenapa kau pergi begitu saja? Meninggalkan aku dengan penuh misteri dan fantasi. Meninggalkan aku tanpa sebarang ucapan dari mu. Meninggalkan aku dengan harapan dan kenangan.

Aku terpandang pula buku “Jangan bersedih”. Semakin sebak hati ku. Air mata mula bergenang. Ku tahannya dari jatuh ke bumi. Bukan untuk membuktikan aku lelaki sejati tetapi aku tekad tidak mahu mengalirkan air mata hanya kerana sebuah perasaan. Semenjak aku mengenali buku Jangan Bersedih, ia menjadi penghibur hati di kala hati ku lara. Mengingatkan aku pada umat lain yang nasibnnya lebih parah dari ku. Mengajar aku erti bersyukur, mengajar aku supaya bersabar.

Hati ku kembali tenang setelah luahan hati di curahkan. Aku berharap, segala yang terjadi ada hikmahnya. Walau apapun yang terjadi, aku masih berharap Kasih Sayang akan hadir kembali. Akhir sekali, ingin aku katakana “akan KU TUNGGU biarpun PENANTIAN ini berakhir dengan KENANGAN”