Kisah sedih ku bermula pada 1hb Oktober. Setelah aku penat berhikmat pada Tuan ku pada waktu petang, aku di beri masa untuk berehat pada sebelah malam nye. Tetapi nasib ku tidak begitu baik kerana tepat jam 1.15 minit malam, datang sebuah Pesona secara tiba2 lalu memukul ku dari belakang. Aduhhhhhhh…!!!!!! Sakit nyerrrrr….. aku menjerit. Tuan ku tidak sedar akan kejadian tersebut kerana die dalam proses untuk melayan lena nyer. Aku di biarkan sebegitu rupa. Beginilah rupa ku ketika di pukul dari belakang….

Kira-kira 10 minit kemudian Tuan ku mendapat panggilan dari kawan nyer, Amir Aizat (Mir… tq sbb call tuan ku) mengatakan bahawa aku di pukul. Sebegitu segera tuan ku turun untuk membantu ku tanpa memikirkan hal-hal lain. Sebaik je die melihat ku, tuan ku menggaru kepala. Ape nak jawab dgn Abah nie… tuan ku bermonolog. Tung tang tung tang.. tuan ku melaporkan kejadian pada security UIA bersama rakan sebilik nyer, Usaid yang juga di kenali sebagai Cingkok di kalangan rakan-rakan mereka.. Foreigner yang memukul ku berjanji untuk menebus segala kerosakan yg berlaku. Alhamdulillah….. Tuan ku tidak perlu mengeluarkan se sen pn untuk membaik pulih diri ku.
Tetapi cerita ku tidak berakhir di sini kerana keesokkan hari nyer tuan ku terpakse menghantar ku ke workshop bersama cingkok. (TQ Cingkok… aku sayang ko.. haha). Aku dijangakan dapat keluar pada hari jumaat petang. Di sebabkan tuan ku ingin aku sembuh sepenuhnya, die berhasrat untuk mengambil ku pada awal pagi sabtu. Tetapi sebaik sje tuan ku tiba, aku tidak dapat dilepaskan kerana foreigner tersebut masih tidak membayar wang perubatan ku. Tuan ku amat kecewa dan menelefon foreigner untuk menjelaskan segala bil-bil perubatan ku. Kasihan Tuan ku :’(
Namun begitu, kini kau kembali ceria dan dapat berhikmat kembali pada tuan ku. Aku di jaga sebaik nyer. (walaupun aku tidak di cuci… hehe). Tuan ku kembali ceria.. aku turut gumbira… kini lihat lah dunia, aku sudah kembali di jalan raya kerana aku sebuah kereta…..